NurAyin's Islamic Website

Doa & Dzikir
DOA-DOA SELEPAS SOLAT
Istighfar Nabi Allah Hidhir

Istigfar Nabi Allah Hidhir
Maksudnya:-
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun kepadaMu kerana barang aku telah taubat daripadanya kepadaMu, kemudian aku kembali kepadanya dan aku mohon ampun kepadaMu kerana janji yang aku sendiri telah beri kepadaMu kemudian aku telah tidak penuhkannya dan aku mohon ampun kepadaMu kerana nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Lalu aku kuasakan diriku dengan nikmat itu kepada berbuat maksiat kepadaMu dan aku mohon kepadaMu untuk satu-satu kebajikan yang aku kehendaki untuk wajahMu yang mulia, lalu dicampuri di dalamnya oleh perkara yang tidak layak denganMu, dan aku mohon ampun kepadaMu kerana satu-satu lintasan yang terlintas di hatiku pada perkara yangtidak layak dengan kebesaranMu, dan aku mohon ampun kepadaMu kerana kelalaian dan kecuaianku pada masa mengerjakan jahat kepadaMu, dan aku mohon ampun kepadaMu kerana satu-satu dosa yang aku lakukan dimasa gelap malam dan terang siang.
Wahai Tuhanku, janganlah ambil kesalahan ke atasku kerana Engkau amat mengetahui akan kelemahanku, dan janganlah Engkau seksakan aku kerana Engkau amat berkuasa ke atasku, dan rahmat Allah atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atasnya ahlinya dan sahabatnya dengan kesejahteraan dan segala puji bagi Tuhan sekelian alam.




kembali ke halaman sebelumnya