NurAyin's Islamic Website

Doa & Dzikir
DOA-DOA SELEPAS SOLAT
Saiyidil Istighfar
Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W barangsiapa membaca Saiyidil Istighfar pada siang hari serta yakin dengan dia, kemudian mati pada hari itu sebelum sampai ke petang, maka ia daripada ahli syurga.
Dan barangsiapa membacanya pada waktu malam serta yakin dengan dia, kemudian mati pada malam itu sebelum sampai ke pagi, maka ia daripada ahli syurga.
(Kalau boleh hafal dan amalkanlah membaca istighfar ini)


Sayidil istigfar

Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Engkau. Engkau yang telah menjadikan aku, dan aku adalah hambaMu, dan aku tetap diatas menyempurnakan janji terhadapMu sekuasaku aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku perbuat, aku mengaku kepadaMu dengan nikmat pemberianMu kepadaku, dan juga aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah dosaku, sesungguhnya tidak ada yang mengampuni segala dosa melainkan Engkau Ya Allah.