NurAyin's Islamic Website

Fara'idh
PEMBAHAGIAN
Anak Perempuan
Anak perempuan mempunyai 3 hukum:
  1. Setengah (½) : Jika seorang dan tidak ada adik bradik-lain;

  2. Firman Allah s.w.t. yang di dapati di Surah An-Nisaa, ayat 11:
    Dan sekiranya (anak perempuan) itu seorang maka untuknya setengah.

  3. Dua pertiga (2/3): Jika hanya mempunya saudara kandung perempuan lain;

  4. Firman Allah s.w.t. yang di dapati di Surah An-Nisaa, ayat 11:
    Dan jika mereka itu (anak perempuan) dua atau lebih maka untuk mereka dua pertiga daripada apa yang diwariskan.

  5. Asabah : Jika mempunyai saudara kandung elaki. Iaitu dua saham untuk lelaki dan satu saham untuk perempuan.
    Firman Allah s.w.t. yang di dapati di Surah An-Nisaa, ayat 11:
    Untuk lelaki bahagiannya adalah dua bahagian perempuan


Contoh:
Isteri & seorang anak perempuan
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8   = $ 12, 500

1 Anak Perempuan

½     = $ 50, 000

Baitul Mal

Baki = $ 37, 500

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Suami & seorang anak perempuan
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼     = $ 25, 000

1 Anak Perempuan

½     = $ 50, 000

Baitul Mal

Baki = $ 25, 000

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Isteri & 2 anak perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8   = $ 11, 250

2 Anak Perempuan

2/3   = $ 60, 000 ($30,000 seorang)

Baitul Mal

Baki = $ 18, 750

Jumlah

           $ 90, 000



Contoh:
Suami & 4 anak perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼     = $ 22, 500

4 Anak Perempuan

2/3   = $ 60, 000 ($15,000 seorang)

Baitul Mal

Baki = $ 7, 500

Jumlah

           $ 90, 000



Contoh:
Isteri, 1 anak lelaki & 1 anak perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8               = $ 11, 250

1 Anak Lelaki

2/3 dari Baki = $ 52, 500

1 Anak Perempuan

1/3 dari Baki = $ 26, 250

Jumlah

                      $ 90, 000

Setiap saham dari baki : $78,750 / 3 = $26,250
Anak lelaki (2 saham) : $26,250 x 2 = $52,500
Anak perempuan (1 saham) : $26,250


Contoh:
Suami, 2 anak lelaki & 2 anak perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼                = $ 22, 500

2 Anak Lelaki

4/6 dari Baki = $ 45, 000 ($24,500 seorang)

2 Anak Perempuan

2/6 dari Baki = $ 22, 500 ($11,250 seorang)

Jumlah

                      $ 90, 000

Setiap saham dari baki : $67,500 / 6 = $11,250
2 Anak lelaki (4 saham) : $11,250 x 4 = $45,000 ($24,500 seorang)
2 Anak perempuan (2 saham) : $11,250 x 2 = $22,500 ($11,250 seorang)




kembali ke halaman sebelumnya