NurAyin's Islamic Website

Fara'idh
PEMBAHAGIAN
Cucu Perempuan dari Anak Lelaki
Cucu perempuan dari anak lelaki mempunyai 5 hukum:
  1. Setengah (½) : Jika seorang dan pewaris tidak ada keturunan lain seperti anak lelaki, cucu lelaki atau cucu perempuan lain;
    Firman Allah s.w.t. yang di dapati di Surah An-Nisaa, ayat 11:
    Dan sekiranya (cucu perempuan) itu seorang maka untuknya setengah.

  2. Dua pertiga (2/3): Jika lebih dari seorang dan pewaris tidak ada anak atau cucu lelaki.
    Firman Allah s.w.t. yang di dapati di Surah An-Nisaa, ayat 11:
    Dan jika mereka dua atau lebih maka untuk mereka dua pertiga daripada apa yang diwariskan.

  3. Seperenam (1/6): Jika pewaris mempunyai anak perempuan seorang dan tiada cucu lelaki.
    Hadis Riwayat Bukhari dari Ibn Mas'ud:
    Untuk anak perempuan separuh dari harta warisan, dan untuk cucu perempuan dari anak lelaki seperenam dan untuk saudara perempuan sekandung bakinya.

  4. Asabah : Jika pewaris ada cucu lelaki
    Firman Allah s.w.t. yang di dapati di Surah An-Nisaa, ayat 11:
    Untuk lelaki bahagiannya ialah 2 bahagian perempuan.

  5. Mahjub : Jika pewaris ada anak lelaki atau mempunyai lebih dari satu anak perempuan.

Contoh:
Isteri & seorang cucu perempuan
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8   = $ 12, 500

1 Cucu Perempuan

½     = $ 50, 000

Baitul Mal

Baki = $ 37, 500

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Suami & seorang cucu perempuan
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼     = $ 25, 000

1 Cucu Perempuan

½     = $ 50, 000

Baitul Mal

Baki = $ 25, 000

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Suami & dua orang cucu perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼     = $ 22, 500

2 Cucu Perempuan

2/3   = $ 60, 000

Baitul Mal

Baki = $ 7, 500

Jumlah

           $ 90, 000



Contoh:
Isteri, seorang anak perempuan & 3 cucu perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8   = $ 11, 250

1 Anak Perempuan ½     = $ 45, 000

3 Cucu Perempuan

1/6   = $ 15, 000 ($5,000 seorang)

Baitul Mal

Baki = $ 18, 750

Jumlah

           $ 90, 000



Contoh:
Isteri, seorang cucu lelaki & seorang cucu perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8              = $ 11, 250

1 Cucu Lelaki 2/3 dari baki = $ 52, 500

1 Cucu Perempuan

1/3 dari baki = $ 26, 250

Jumlah

                      $ 90, 000

Setiap saham dari baki : $78,750 / 3 = $26,250
Cucu lelaki (2 saham) : $26,250 x 2 = $52,500
Cucu perempuan (1 saham) : $26,250


Contoh:
Suami, 3 cucu lelaki & 3 cucu perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼                = $ 22, 500

3 Cucu Lelaki 6/9 dari baki = $ 45, 000

3 Cucu Perempuan

3/9 dari baki = $ 22, 500

Jumlah

                      $ 90, 000

Setiap saham dari baki : $78,750 / 9 = $7,500
Cucu lelaki (6 saham) : $7,500 x 6 = $45,000
Cucu perempuan (3 saham) : $22,500


Contoh:
Isteri, 1 anak lelaki & 1 cucu perempuan
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8       = $ 12, 500

1 Anak Lelaki Baki     = $ 87, 500

1 Cucu Perempuan

Mahjub

Jumlah

               $ 100, 000



Contoh:
Suami, 2 anak perempuan & 1 cucu perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼         = $ 22, 500

2 Anak Perempuan 2/3       = $ 60, 000 ($30,000 seorang)
1 Cucu Perempuan Mahjub

Baitul Mal

Baki     = $  7, 500

Jumlah

              $ 90, 000



Contoh:
Isteri, 4 anak perempuan & seorang cucu perempuan
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8       = $ 11, 250

4 Anak Perempuan 2/3       = $ 60, 000 ($15,000 seorang)
1 Cucu Perempuan Mahjub

Baitul Mal

Baki     = $ 18, 750

Jumlah

              $ 90, 000



Contoh:
Suami, seorang anak perempuan, seorang anak lelaki, seorang cucu lelaki & seorang cucu perempuan
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼                = $ 25, 000

1 Anak Lelaki 2/3 dari baki = $ 50, 000

1 Anak Perempuan

1/3 dari baki = $ 25, 000

1 Cucu Lelaki Mahjub

1 Cucu Perempuan

Mahjub

Jumlah

                       $ 100, 000

Setiap saham dari baki : $75,000 / 3 = $25,000
Anak lelaki (2 saham) : $25,000 x 2 = $50,000
Anak perempuan (1 saham) : $25,000




kembali ke halaman sebelumnya