NurAyin's Islamic Website
Make your own free website on Tripod.com

Fara'idh
HARTA PUSAKA
Perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan harta pusaka
Jenis-jenis pewarisan





Perkara-Perkara yang Bersangkut-paut dengan Harta Pusaka
Perkara-perkara yang bersangkut paut dengan harta pusaka adalah seperti yang berikut mengikut urutan:

Pertama
Hendaklah diselesaikan dahulu segala perkara yang berhubung kait dengan harta pusaka seperti zakat yang belum dikeluarkan, amanah orang dan sebagainya.

Kedua
Keperluan urusan mayat seperti kain kafan, upah tukang mandi, kubur adn sebagainya dengan syarat tidak berlebih-lebihan.

Ketiga
Hutang yang ditanggung oleh si mati, sama ada hutang kepada manusia seperti hutang duit dan sebagainya, atau hutang kepada Allah seperti haji wajib dan sebagainya.

Keempat
Wasiat si mat yang tidak melebihi sepertiga harta peninggalannya. Jika melebihi maka selebihnya tertakluk kepada izin ahli-ahli waris. Jika mereka mengizinkan maka menjadi harta wasiat dan jika mereka tidak mengizinkan maka menjadi mililk ahli-ahli waris.

Kelima
Pembahagian pusaka kepada ahli-ahi waris mengikut ilmu faraidh.

KEMBALI KE ATAS

Jenis-Jenis Pewarisan
Seseorang ahli waris mendapat harta warisan melalui 3 jenis:
  1. Mendapat harta warisan mengikut bahagian
  2. Mendapat harta warisan secara asabah iaitu baki dari pembahagian yang mengikut bahagian, atau kesuluruhan harta jika tiada waris lain.
  3. Terhalang dari mendapat harta warisan (mahjub) kerana wujudnya ahli waris yang lain.

KEMBALI KE ATAS