NurAyin's Islamic Website

Fara'idh
PEMBAHAGIAN
Isteri
Isteri mempunyai 2 hukum:
  1. Seperempat (½) : Jika pewaris tidak ada anak atau cucu dari anak lelaki; ataupun
  2. Seperlapan (1/8): Jika pewaris ada anak atau cucu dari anak lelaki.

Firman Allah s.w.t. yang di dapati di Surah An-Nisaa, ayat 12:
Dan untuk kamu(iaitu isteri-isteri kamu) seperempat daripada apa-apa yang kamu wariskan sekiranya kamu tiada anak. Dan jika kamu mempunyai anak maka untuk mereka seperlapan daripada apa-apa yang kamu wariskan.



Contoh:
isteri seorang sahaja (tidak ada anak)
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

¼     = $ 25, 000

Baitul Mal

Baki = $ 75, 000

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Isteri & seorang anak lelaki
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8   = $ 12, 500

1 Anak Lelaki

Baki = $ 87, 500

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Isteri & dua orang cucu lelaki dari anak lelaki
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/8   = $ 12, 500

2 Cucu Lelaki

Baki = $ 87, 500 ($43,750 seorang)

Jumlah

           $ 100, 000





kembali ke halaman sebelumnya