NurAyin's Islamic Website

Fara'idh

MASAALAH AL-GHARRAWAIN
Masaalah Al-Gharrawain juga dikenali sebagai Masaalah Al-Umairain kerana ia adalah dari ijtihad Saiyidina Umar r.a. dengan persetujuan para sahabat yang lain seperti Zaid Bin Tsabit, Usman Bin Affan dan Abdullah Bin Mas'ud.

Masaalah Al-Gharrawain adalah pembahagian pusaka antara:
  1. Suami, Ibu dan Bapa sahaja dan tiada waris lain.
  2. Isteri, Ibu dan Bapa sahaja dan tiada waris lain.


Pembahagiannya adalah seperti berikut mengikut urutan:
  1. Bahagian suami adalah separuh (1/2);
  2. Bahagian isteri adalah seperempat (1/4);
  3. Bahagian ibu adalah sepertiga (1/3) dari baki setelah pembahagian suami atau isteri; dan
  4. Bahagian bapa pula adalah baki atau asabah setelah pembahagian suami atau isteri dan ibu.


Contoh:
Suami, ibu & bapa
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Suami

1/2                       = $ 45, 000

Ibu (Baki pertama = $ 45, 000 *)
  1/3 dari $ 45, 000  = $ 15, 000

Bapa

Baki kedua           = $ 30, 000 **

Jumlah

                              $ 90, 000

  * Baki pertama : $90,000 - $45,000 = $45,000
** Baki Kedua   : $90,000 - $45,000 - $15,000 = $30,000


Contoh:
Isteri, ibu & bapa
Harta pusaka: $90,000

Ahli Waris

Saham

Isteri

1/4                       = $ 22, 500

Ibu (Baki pertama = $ 67, 500 *)
  1/3 dari $ 67, 500  = $ 22, 500

Bapa

Baki kedua           = $ 45, 000 **

Jumlah

                              $ 90, 000

  * Baki pertama : $90,000 - $22,500 = $67,500
** Baki Kedua   : $90,000 - $22,500 - $22,500 = $45,000




kembali ke halaman sebelumnya