NurAyin's Islamic Website

Fara'idh
PEMBAHAGIAN
Suami
Suami mempunyai 2 hukum:
  1. Setengah (½) : Jika pewaris tidak ada anak atau cucu dari anak lelaki; ataupun
  2. Seperempat (¼): Jika pewaris ada anak atau cucu dari anak lelaki.

Firman Allah s.w.t. yang di dapati di Surah An-Nisaa, ayat 12:
Dan untuk kamu(para suami) setengah dari apa yang diwariskan oleh isteri-isteri kamu sekiranya mereka tiada anak. Dan jika mereka mempunyai anak maka untuk kamu seperempat daripada apa-apa yang mereka wariskan.



Contoh:
Suami seorang sahaja (tidak ada anak)
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Suami

½     = $ 50, 000

Baitul Mal

Baki = $ 50, 000

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Suami & seorang anak lelaki
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼     = $ 25, 000

1 Anak Lelaki

Baki = $ 75, 000

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Suami & dua orang cucu lelaki dari anak lelaki
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Suami

½     = $ 25, 000

2 Cucu Lelaki

Baki = $ 75, 000 ($37,500 seorang)

Jumlah

           $ 100, 000



Contoh:
Suami, seorang anak perempuan dan seorang cucu lelaki dari anak lelaki
Harta pusaka: $100,000

Ahli Waris

Saham

Suami

¼     = $ 25, 000

1 Anak Perempuan

½     = $ 50, 000

1 Cucu Lelaki

Baki = $ 25, 000 (Asabah)

Jumlah

           $ 100, 000





kembali ke halaman sebelumnya