NurAyin's Islamic Website

Doa & Dzikir
DOA-DOA SELEPAS SOLAT
Doa & Dzikir
DOA-DOA SEMASA MENGAMBIL WUDHU

Doa semasa basuh kedua tangan
Doa semasa kumur-kumur
Doa semasa membersihkan hidung
Doa semasa mencuci muka 1
Doa semasa mencuci muka 2
Doa semasa mencuci tangan kanan
Doa semasa mencuci tangan kiri
Doa semasa menyapu kepala
Doa semasa mencuci telinga
Doa semasa membasuh kaki kanan
Doa semasa membasuh kaki kiri
Doa selepas mengambil wudhu



Doa Basuh Tangan

Maksudnya:
Ya Allah bahawa aku bermohon kepadaMu kebenaran adn berkat, dan aku berlindung kepadaMu daripada kehinaan dan kejatuhan.


Doa Kumur2

Maksudnya:
Ya Allah peliharakan aku ketika membaca kitabMu dan membanyakkan ingatan bagiMu dann tetapkan aku dengan perkataan yang tetap hidup, di dunia dan di akhirat kelak.


Doa bersihkan hidung

Maksudnya:
Ya Allah kurniakanlah aku akan bauan syurga dan Engkau redhakan bagiku.


Doa basuh muka 1

Maksudnya:
Ya Allah putihkan wajah aku dengan cahayaMu di hari keputihan wajah-wajah aulia' Mu dan janganlah Kau hitamkan wajahku di hari hitamnya wajah-wajah musuh-musuh Mu.


Doa basuh muka 2

Maksudnya:
Sahaja aku mengangkat hadas kecik kerana Allah Ta'ala.


Doa Basuh lengan kanan hingga lepas siku

Maksudnya:
Ya Allah berilah kitabku dengan tangan kananku dan kirakanlah aku dengan kiraan yang kesenangan.


Doa Basuh lengan kiri hingga lepas siku

Maksudnya:
Ya Allah bahawa aku berlindung dengan Engkau daripada pemberian kitabku dengan tangan kiriku atau daripada belakangku.


Doa sapu kepala

Maksudnya:
Ya Allah hidupkan aku dedngan rahmatMu dan turunkan di atasku akan berkat-berkat Mu adn berlindung aku di bawah lindungan arasy Mu di hari yang tiada lindungan, melainkan linddungan Mu, Ya Tuhanku haramkanlah rambutku dan kulitku atas api neraka.


Doa cuci telinga

Maksudnya:
YA Allah dengarkanku akan panggilan syurga dan di dalam syurga bersama-sama dengan orang-orang yang baik.


Doa basuh kaki kanan

Maksudnya:
Ya Allah tetapkan kakiku di atas titian siratul mustakim, bersama-sama dengan kaki hamba-hamba Mu yang baik.


Doa basuh kaki kiri

Maksudnya:
Ya Allah bahawa aku berlindung dengan Engkau daripada tergelincir kakiku di atas titian di neraka pada hari Engkau gelincirkan kaki-kaki orang-orang yang munafik.


Do'a after wudhu

Maksudnya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tidak ada menyekutui-Nya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang soleh. Maha suci Engkau ya Allah dengan sifat kepujian-Mu. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan kami Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.