Doa Semasa Basuh Kedua Tangan![]() Maksudnya: Ya Allah bahawa aku bermohon kepadaMu kebenaran adn berkat, dan aku berlindung kepadaMu daripada kehinaan dan kejatuhan. Doa Semasa Kumur-kumur ![]() Maksudnya: Ya Allah peliharakan aku ketika membaca kitabMu dan membanyakkan ingatan bagiMu dann tetapkan aku dengan perkataan yang tetap hidup, di dunia dan di akhirat kelak. Doa Semasa Membersihkan Hidung ![]() Maksudnya: Ya Allah kurniakanlah aku akan bauan syurga dan Engkau redhakan bagiku. Doa Semasa Mencuci Muka 1 ![]() Maksudnya: Ya Allah putihkan wajah aku dengan cahayaMu di hari keputihan wajah-wajah aulia' Mu dan janganlah Kau hitamkan wajahku di hari hitamnya wajah-wajah musuh-musuh Mu. Doa Semasa Mencuci Muka 2 ![]() Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas kecik kerana Allah Ta'ala. Doa Semasa Mencuci Tangan Kanan ![]() Maksudnya: Ya Allah berilah kitabku dengan tangan kananku dan kirakanlah aku dengan kiraan yang kesenangan. Doa Semasa Mencuci Tangan Kiri ![]() Maksudnya: Ya Allah bahawa aku berlindung dengan Engkau daripada pemberian kitabku dengan tangan kiriku atau daripada belakangku. Doa Semasa Menyapu Kepala ![]() Maksudnya: Ya Allah hidupkan aku dedngan rahmatMu dan turunkan di atasku akan berkat-berkat Mu adn berlindung aku di bawah lindungan arasy Mu di hari yang tiada lindungan, melainkan linddungan Mu, Ya Tuhanku haramkanlah rambutku dan kulitku atas api neraka. Doa Semasa Mencuci Telinga ![]() Maksudnya: YA Allah dengarkanku akan panggilan syurga dan di dalam syurga bersama-sama dengan orang-orang yang baik. Doa Semasa Membasuh Kaki Kanan ![]() Maksudnya: Ya Allah tetapkan kakiku di atas titian siratul mustakim, bersama-sama dengan kaki hamba-hamba Mu yang baik. Doa Semasa Membasuh Kaki Kiri ![]() Maksudnya: Ya Allah bahawa aku berlindung dengan Engkau daripada tergelincir kakiku di atas titian di neraka pada hari Engkau gelincirkan kaki-kaki orang-orang yang munafik. Doa Selepas Mengambil Wudhu ![]() Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tidak ada menyekutui-Nya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang soleh. Maha suci Engkau ya Allah dengan sifat kepujian-Mu. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan kami Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. |