Cara solat fardhu Dzuhur, Asar & Isyak adalah sama; masing-masing ada 4 raka'at. Hanya waktu serta lafaz niat
sahaja yang berlainan.
DZUHUR Mulai waktunya dari tergelincir matahari hingga bayang-bayang sesuatu benda itu sama panjang dengan bendanya selain dari bayang-bayang rembang Sengaja aku solat fardhu dzuhur 4 raka'at tunai kerana Allah Ta'ala ASAR Mulai waktunya bayang-bayang sesuatu benda itu melebihi daripadanya, akhir waktunya tenggelam matahari Sengaja aku solat fardhu asar 4 raka'at tunai kerana Allah Ta'ala ISYAK Mulai waktunya daripada hilang syafaq yang merah dikaki langit hingga terbit fajar sadiq Sengaja aku solat fardhu isya' 4 raka'at tunai kerana Allah Ta'ala Langkah 1: Berdiri tegak; rapatkan kaki & tangan ke badan bagi perempuan, kemudian lafazkan niat.
Langkah 9: Ulangi Langkah 7 (Sujud yang kedua). Langkah 10: Takbir dan terus berdiri raka'at kedua. Langkah 11: Letakkan kedua tangan dia atas pusat, yang kanan dia atas yang kiri kemudian bacalah Al-Fatihah dan sebarang surah. Disunatkan membaca ta'auwwuz sebelum membaca Al-Fatihah. Langkah 14: Takbir dan terus berdiri raka'at ketiga. Langkah 15: Letakkan kedua tangan dia atas pusat, yang kanan dia atas yang kiri kemudian bacalah Al-Fatihah. Disunatkan membaca ta'auwwuz sebelum membaca Al-Fatihah. Langkah 16: Ulangi Langkah 4 hingga 9. Langkah 17: Takbir dan terus berdiri raka'at terakhir. Langkah 18: Letakkan kedua tangan dia atas pusat, yang kanan dia atas yang kiri kemudian bacalah Al-Fatihah. Disunatkan membaca ta'auwwuz sebelum membaca Al-Fatihah. Langkah 21: Sapulah kedua tangan ke muka. |