Khusuf (Gerhana Bulan) Solat sunat Khusuf adalah solat sunat gerhana bulan. ![]() Sahaja aku solat sunat gerhana bulan 2 raka'at kerana Allah Ta'ala Ia boleh dikerjakan seperti solat Dzuhur dan yang terlebih afdhal, selepas membaca Al-Fatihah pada raka'at pertama, dibaca Surah Al-Baqarah. - Kemudian rukuk dan baca tasbih sekadar 100 ayat Surah A-Baqarah. - Kemudian iktidal dan baca Al-Fatihah dan Surah Al-Imran. - Kemudian rukuk dan baca tasbih sekadar 80 ayat Surah Al-Baqarah. - Kemudian iktidal dan seterusnya sujud dan baca tasbih sekadar 100 Surah Al-Baqarah. Duduk antara 2 sujud. - Sujud lagi dan dan baca tasbih sekadar 80 ayat Surah Al-Baqarah. Pada raka'at kedua, selepas membaca Al-Fatihah... - Baca Surah An-Nisa. - Kemudian rukuk dan baca tasbih sekadar 70 ayat Surah Al-Baqarah. - Kemudian iktidal dan baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ma-edah. - Kemudian rukuk dan baca tasbih sekadar 50 ayat Surah Al-Baqarah. - Kemudian iktidal dan seterusnya sujud, baca sekadar 70 ayat Surah Al-Baqarah. Duduk antara 2 sujud. - Sujud lagi dan baca tasbih sekadar 50 ayat Surah Al-Baqarah. - Kemudian duduk tauwaruk dan baca tashahud. Beri salam. Kusuf (Gerhana Matahari) Solat sunat Khusuf adalah solat sunat gerhana matahari. Cara solat sunat Kusuf adalah sama seperti solat sunat Khusuf. ![]() Sahaja aku solat sunat gerhana matahari 2 raka'at kerana Allah Ta'ala |