Solat sunat Hajat dikerjakan apabila ada sesuatu hajat yang ingin dipinta.
Maksudnya:-
Sahaja aku solat sunat Hajat 2 raka'at kerana Allah Ta'ala
Selepas baca Al-Fatihah, bacalah...
Raka'at pertama : Suratul Kafirun
Raka'at Kedua : Suratul Ikhlas
Selepas salam, hendaklah doa dimulakan dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasullullah. Kemudian,
barulah nyatakan hajat dan disudahi dengan selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W.
Ada setengah riwayat mengatakan 12 raka'at pada tiap-tiap raka'at dibaca Ayatul Kursi dan Surah Al-Ikhlas.
Rasulullah S.A.W bersabda kepada 'Abbas bin Abdul Muthalib:
"Wahai 'Abbas, wahai paman; mahukan engkau ku beri, mahukah engka ku kurniai, mahukan engkau ku beri hadiah istimewa,
ku ajari 10 macam perbuatan yang dapat menghapuskan 10 dosa. Jika engkau mengerjakannya itu maka Allah mengampuni dosamu,
baik yang awal mahupun yang akhir, baik yang lama mahupun yanng baru, baik yang luput (tak sengaja) mahupun yang disengaja,
baik yang kecik mahupun yang besar dan baik yang secara rahsia mahupun yang dengan terang-terangan.
10 macam perbuatan itu adalah solat 4 raka'at, dimana setiap raka'at engkau membaca Surah Al-Fatihah dan surah, dan
apabila engkau telah selesai dari bacaan itu dalam raka'at pertama sedang enkar masih tetap berdiri bacalah "Subhanallahiwal
hamdulillahi wala ilaaha illallahu wallaahu akhbar" 15 kali.
Kemudian rukuklah dan tatkala engkau rukuk itu bacalah 10 kali. Kemudian angkatlah kepalamu dari rukuk(iktidal) dan
bacalah 10 kali, kemudian turunlah untuk mengerjakan sujud dan di dalam sujud engkau membacanya 10 kali. Kemudian angkatlah
kepalamu dari sujud(duduk antara 2 sujud) dan bacalah 10 kali, kemudian engkau sujud dan bacalah 10 kali, kemudian angkatlah
kepalamu dari sujud(duduk istirehat) dan bacalah 10 kali. Yang demikian itu berjumlah 75 kali dalam setiap raka'at.
Apabila engkau mampu untuk mengerjakan solt itu setiap hari maka kerjakanlah, apabila tidak mampu maka kerjakanlah setiap Juma'at
(setiap minggu sekali), apabila engkau tidak dapat mengerjakannnya maka setiap tahun sekali, apabila engkau tidak dapat
mengerjakannnya maka sekali dalam seumur hidupmu.
|