Solat sunat Istikharah ia itu apabila seseorang berkehendak membuat seuatu perkerjaan yang harus
pada ugama iaitu hendaklah ia solat sunat Istikharah. Erti Istikharah adalah meminta tunjukkan yang mana lebih baik.
Sahaja aku solat sunat Istikharah 2 raka'at kerana Allah Ta'ala Pada raka'at yang pertama selepas membaca Al-Fatihah , bacalah surah Al-Kafirun atau yang lebih afdhal lagi bacalah... Pada raka'at yang kedua selepas membaca Al-Fatihah , bacalah surah Al-Ikhlas atau yang lebih afdhal lagi bacalah... Selepas salam, bacalah ini... Ya Tuhanku bahawa aku meminta pilihan Engkau dengan ilmu Engkau dan aku meminta Engkau takdirkan dengan kudrat Engkau dan aku meminta kepada Engkau dengan kelebihan Engkau yang besar kerana Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa dan Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Tuhanku, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini baik bagiku pada ugamaku dan kehidupanku daan kesudahhan pekerjaanku maka takdirkan bagiku dan muahkannnya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan iini jahat bagiku ugamaku dan kehidupanku dan kesudahan pekerjaanku maka palingkan daripadaku dan palingkan aku daripadanya dan takdirkan bagiku kebajikan di mana ada kebajikan di mana ada kebajikan itu kemudian redhakan aku dengannya. |