NurAyin's Islamic Website

Solat
MARGRIB Solat fardhu Subuh ada 2 raka'at. Mulai waktunya daripada terbit fajar sadiq hingga terbit matahari.

Lafaz Niat Margrib
Maksudnya:-
Sengaja aku solat fardhu margrib 3 raka'at tunai kerana Allah Ta'ala



Berdiri tegak lelaki Berdiri tegak perempuan

Langkah 1: Berdiri tegak; rapatkan kaki & tangan ke badan bagi perempuan, kemudian lafazkan niat.

Takbir lelaki Takbir perempuan
Takbir
Langkah 2: Takbirratul ihram; kepitkan tangan ke badan bagi perempuan. Di tengah-tengah takbir itu, niatlah di dalam hati mengikut solat - "Sengaja aku solat fardhu margrib 3 raka'at tunai kerana Allah Ta'ala". Adalah sangat penting untuk berniat jikalau tidak solat itu tidak sah.


Diri Raka'at
Langkah 3: Berdiri raka'at pertama. Letakkan kedua tangan dia atas pusat, yang kanan dia atas yang kiri kemudian bacalah doa iftitah, Al-Fatihah dan sebarang surah.
Disunatkan membaca ta'auwwuz sebelum membaca Al-Fatihah.


Langkah 4: Takbir kerana rukuk
Langkah 5: Rukuk, sebagaimana yang ditunjuk di gambar kanan & bacalah ayat ini
Subhana rabbial azimi...
Rukuk


Iktidal
Langkah 6: Iktidal - Kembali berdiri dari rukuk sambil membaca ayat ini. Kemudian berdiri tegak dan baca ayat ini. Berhenti sekejap; kemudian takbir.



Langkah 7: Terus sujud dan baca.
Subhana rabbial 'ala



Langkah 8: Duduk di antara dua sujud dan baca ayat ini.
Langkah 9: Ulangi Langkah 7 (Sujud yang kedua).
Langkah 10: Takbir dan terus berdiri raka'at kedua.
Langkah 11: Letakkan kedua tangan dia atas pusat, yang kanan dia atas yang kiri kemudian bacalah Al-Fatihah dan sebarang surah.
Disunatkan membaca ta'auwwuz sebelum membaca Al-Fatihah.

Duduk tahiyat awal
Langkah 12: Ulangi Langkah 4 hingga 9. Selepas sujud yang kedua, duduk tahiyat awal dan bacalah tahiyat awal di sini.
Langkah 13: Takbir dan terus berdiri raka'at terakhir.
Langkah 14: Letakkan kedua tangan dia atas pusat, yang kanan dia atas yang kiri kemudian bacalah Al-Fatihah.
Disunatkan membaca ta'auwwuz sebelum membaca Al-Fatihah.

Duduk tahiyat akhir
Langkah 15: Ulangi Langkah 4 hingga 9. Selepas sujud yang kedua, duduk tahiyat akhir dan bacalah tahiyat akhir di sini.

memberi salam ke kanan
memberi salam ke kiri
Langkah 16: Selepas membaca tahiyat akhir, berilah salam ke kanan dahulu dan seterusnya ke kiri.
Langkah 17: Sapulah kedua tangan ke muka.


kembali ke halaman sebelumnya