MENGENAI SUJUD
Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi?
Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia
malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal
oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:
- Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
- Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.
Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah
waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama.
Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak
yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran
seterusnya menguatkan mentaliti kita.
Menurut Dr.Mohd Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah:
a. Melegakan sistem pernafasan (relived congestion for breathing)
b. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
-
Bernafas ketika sujud akan:
a. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
b. Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
c. Melegakan sakit hernia
d. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
e. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lungs)
f. Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
g. Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh
h. Meringankan bahagian PELVIS
i. Memberi dorongan untuk mudah tidur
j. Mengerakkan otot bahu, dada,leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya
k. Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation)
l. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada
m. Mengurangkan kegemukkan (obesity)
n. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat
asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions)
o. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen
p. Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat
dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS dan ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM
Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.
Sujud Sahwi
Sujud Tilawah
Sujud Syukur
SUJUD SAHWI
Sujud sahwi adalah sujud kerana lupa. Ia adalah 2 kali sujud selepas tahiyat
akhir sebelum memberi salam. Hukum sujud sahwi adalah sunat sekiranya berlaku
salah satu sebab-sebab yang mewajipkan sujud sahwi iaitu apabila anda terlupa
untuk mengerjakan sunat ab'ad. Sunat ab'ad adalah Sunat ab'ad adalah sunat yang
dikuatkan. Jika tertinggal wajib sujud sahwi. Mereka adalah yang berikut:
- Membaca tahiyat awal
- Duduk tahiyat awal
- Selawat atas Nabi dalam tahiyat awal
- Membaca doa qunut
- Berdiri qunut
- Selawat atas Nabi dalam qunut
- Selawat atas keluarga Nabi dalam qunut
- Selawat atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir
Sunat ab'ad adalah wajib hanya apabila anda bersolat berjema'ah dan imam berbuat demikian.
Sebab-sebab sunat sujud sahwi
- Meninggalkan sunat ab'ad dengan sengaja atau terlupa
- Syak meninggalkan sunat ab'ad
- Memindahkan Rukun Qauli kepada yang lain daripada tempatnya
- Syak akan bilangan raka'atnya
- Melakukan perkara yang membatalkan dengan terlupa
- Imam terlupa membuat sunat ab'ad atau ia membuat sesuatu yang disunatkan sujud sahwi
KEMBALI KE ATAS
SUJUD TILAWAH
Sujud tilawah ialah apabila membaca atau nebdebgar ayat-ayat yang disunatkan sujud.
Ada 14 tempat di dalam Al-Qur'an yang disunatkan sujud apabila sampai ke ayat-ayatnya.
Boleh dikerjakan di dallam solat terutamanya pada solat subuh hari Juma'at apabila membaca
ayat As-Sajjadah, atau di luar solat tatkala membaca atau mendengar ayat-ayat yang disunatkan sujud.
Ayat-ayat yang disunatkan sujud
1. Surah Al-A'raf |
ayat 206 |
2. Surah ar-Ra'ad |
ayat 15 |
3. Surah An-Nahl |
ayat 49 |
4. Surah Al-Israk |
ayat 109 |
5. Surah Mariam |
ayat 58 |
6. Surah Al-Hadj |
ayat 18 |
7. Surah Al-Furqan |
ayat 60 |
8. Surah An-Namal |
ayat 26 |
9. Surah As-Sajjadah |
ayat 15 |
10. Surah As-Syad |
ayat 24 |
11. Surah Hamim As-Sajjadah |
ayat 38 |
12. Surah An-Nadjmi |
ayat 62 |
13. Surah Al-Insyiqaq |
ayat 21 |
14. Surah Al-'Alaq |
ayat 19 |
Rukun sujud tilawah di luar solat 4 perkara
- Niat beserta takbir
- Takbirratul ihram
- Satu kali sujud
- Memberi salam
KEMBALI KE ATAS
SUJUD SYUKUR
Sujud syukur ialah sujud kerana mendapat sesuatu nikmat atau
terlepas daripada sesuatu bencana. Sujud syukur mengandungi dua
kali sujud di luar solat
Rukun sujud syukur 4 perkara
- Niat beserta takbir
- Takbirratul ihram
- Satu kali sujud
- Memberi salam
KEMBALI KE ATAS
|