Solat sunat Tahajud waktunya adalah di tengah malam, di antara pukul satu ke atas dan selepas tidur sehingga
sebelum Subuh.
Dikerjakan 2 raka'at dan seterusnya tidak ada had baginya.
Sahaja aku solat sunat Tahajud 2 raka'at kerana Allah Ta'ala Selepas salam, bacalah doa ini: Doa Tahajud Ya Allah, bagiMu segala pujian. Engkau penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala pujian. Engkau rasa penguasa langit dan bumi dan segala isinya dan bagiMulah segala puji. Engkau cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala pujian, Engkaulah yang benar dan janjiMu adalah benar dan perjumpaanMu itu adalah benar, dan firmanMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu benar, Ya Allah kepadaMu aku menyerah, denganMu aku beriman, ke atasMu aku bertawakal, kepadaMu aku kembali, keranaMu aku bertelagah dan kepadaMu aku berhukum. Ampunillah aku atas kesalahan yang sudah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembuyikan mahupun yang aku nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan yang terakhir, tiada tuhan melainkan Engkau dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. |