Solat sunat Tahiyatul Masjid iaitu apabila seseorang masuk ke dalam masjid.
Ia sebagai tanda hormat terhadap masjid itu.
Sahaja aku solat sunat Tahiyatul Masjid 2 raka'at kerana Allah Ta'ala Apabila masuk ke dalam masjid, bacalah doa ini... Wahai Allah, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad. Wahai Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk diriku. Apabila keluar dari masjid, bacalah doa ini... Wahai Allah, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad. Wahai Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu kemurahanMu utuk diriku. Wahai Allah, peliharalah saya dari syaithan yang terkutuk. |