NurAyin's Islamic Website

Solat
SOLAT SUNAT WITIR
Solat sunat Witir waktunya selepas Isyak hingga ke Subuh. Dikerjakan sekurang-kurangnya 1 raka'at akan tetapi sebaik-baiknya 3, 5, 7, 9 ataupun 11 raka'at. Bagi yang 1 raka'at hanya satu salam dan bagi yang lebih dari 1 raka'at, tiap-tiap dua raka'at satu salam dan raka'at yang akhir satu salam.

Lafaz Niat Witir
Lafaz niat Witir
Maksudnya:-
Sahaja aku solat sunat Witir 2 raka'at kerana Allah Ta'ala



Lafaz Niat Witir 1 raka'at
Lafaz niat Witir 1 raka'at
Maksudnya:-
Sahaja aku solat sunat Terawih 1 raka'at kerana Allah Ta'ala


Selepas baca Al-Fatihah, bacalah...
Raka'at Pertama : Surah Al-'Ala
Raka'at Kedua : Surah Al-Kafirun
Pada raka'at yang akhir (1 raka'at), selepas baca Al-Fatihah, bacalah surah AL-Ikhlas sekali, surah Al-Falaq skali dan surah An-Nas skali.
Ia juga sunat pada pertengahann bulan Ramadhan, dibaca doa Qunut pada raka'at yang akhir.

Selepas salam, bacalah doa ini:
Doa Selepas Witir
Maksudnya:-
Maha Suci Raja yang sangat suci (3 kali).
Tuhan yang menguasai malaikat dan roh.
Wahai Allah sesungguhnya saya berlindung dengan keredhaanMu dan kemarahanMu dan dengan kemaafanMu dari seksaanMu. Dan saya berlindung kepadaMu daripadaMu yang mana saya tidak bisa menghitung pujian untukMu sebagaimana Engkau telah memuji untuk diriMu sendiri.




Doa Witir
Doa Witir
Maksudnya:-
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu(mohon diberi) iman yang tetap, dan kami mohon kepadaMu hati kami yang khusyuk, dan kami mohon kepadaMu diberNya ilmu yag bermunafaat, dan kami mohon ditetapkannya keyakinan yanng benar, dan kam mohon (dapat melaksanakan) amal yang soleh, dan kam mohon tetap dalam Agama Islam, dan kami mohon diberinya kebaikan yang berlimpah-limpah, dan kami mohon kesihatan yang sempurna, dan kami mohon mensyukuri atas kesihatan kami, dan kami mohon kecukupan. Ya Allah Ya Tukan kami, terimalah solat kami, rukuk kami dan khusyuk kami dan pengabdian kami, dan sempurnakanlah kekurangan kaami. Ya Alllah Ya Allah Ya Allah Ya Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Dan semoga selawat Allah senantiasa melimpah atas sebaik-baik makhlukNya iaitu Muhammad S.A.W dan atas segennap keluarga dan sahabat-sahabatnya semua dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam.



kembali ke halaman sebelumnya