NurAyin's Islamic Website

Doa & Dzikir
DOA-DOA SELEPAS SOLAT
Solat
SOLAT SUNAT GERHANA
Khusuf (Gerhana Bulan)
Solat sunat Khusuf adalah solat sunat gerhana bulan.

Lafaz Niat Khusuf
Maksudnya:-
Sahaja aku solat sunat gerhana bulan 2 raka'at kerana Allah Ta'ala


Ia boleh dikerjakan seperti solat Dzuhur dan yang terlebih afdhal, selepas membaca Al-Fatihah pada raka'at pertama, dibaca Surah Al-Baqarah.
- Kemudian rukuk dan baca tasbih sekadar 100 ayat Surah A-Baqarah.
- Kemudian iktidal dan baca Al-Fatihah dan Surah Al-Imran.
- Kemudian rukuk dan baca tasbih sekadar 80 ayat Surah Al-Baqarah.
- Kemudian iktidal dan seterusnya sujud dan baca tasbih sekadar 100 Surah Al-Baqarah. Duduk antara 2 sujud.
- Sujud lagi dan dan baca tasbih sekadar 80 ayat Surah Al-Baqarah.

Pada raka'at kedua, selepas membaca Al-Fatihah...
- Baca Surah An-Nisa.
- Kemudian rukuk dan baca tasbih sekadar 70 ayat Surah Al-Baqarah.
- Kemudian iktidal dan baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ma-edah.
- Kemudian rukuk dan baca tasbih sekadar 50 ayat Surah Al-Baqarah.
- Kemudian iktidal dan seterusnya sujud, baca sekadar 70 ayat Surah Al-Baqarah. Duduk antara 2 sujud.
- Sujud lagi dan baca tasbih sekadar 50 ayat Surah Al-Baqarah.
- Kemudian duduk tauwaruk dan baca tashahud. Beri salam.




Kusuf (Gerhana Matahari)
Solat sunat Khusuf adalah solat sunat gerhana matahari.
Cara solat sunat Kusuf adalah sama seperti solat sunat Khusuf.

Lafaz Niat Kusuf
Maksudnya:-
Sahaja aku solat sunat gerhana matahari 2 raka'at kerana Allah Ta'ala




kembali ke halaman sebelumnya