NurAyin's Islamic Website

Solat
Solat adalah satu ibadat yang memperhubungkan hamba dengan tuhannya, mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Berikut adalah nama jenis-jenis solat fardhu dan sunat. Tekan atas nama solat itu untuk mengetahui tentang solat itu dengan selanjutnya.

JENIS SOLAT

Solat Fardhu; iaitu yg wajib dilakukan tiap-tiap hari:-
  1. Dzuhur
  2. Asar
  3. Margrib
  4. Isyak
  5. Subuh

Solat Sunat:-
1. Aidil Adha
2. Aidil Fitr
3. Dhuha
4. Gerhana
5. Hajat
6. Ihram
7. Israq
8. Istikharah
9. Istisqa'
10. Musafir
11. Mutlak
12. Rawatib Muakadah
13. Tahajud
14. Tahiyatul Masjid
15. Tasbih
16. Tawaf
17. Terawih
18. Witir
19. Wudhu




Di bawah pula adalah perkara-perkara yang seseorang itu perlu ketahui mengenai solat. Tekan di atas namanya untuk membacanya.
Syarat-syarat wajib solat
Syarat-syarat sah solat
Rukun-rukun solat
Sunat Ab'ad
Sunat Hai'at
Perkara-perkara yang sunat dalam solat
Perkara-perkara yang makruh dalam solat
Yang Membatalkan Solat
Waktu-waktu yang haram solat sunat yang tiada bersebab

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci dari haidh & nifas
  5. Masuk waktu solat

KEMBALI KE ATAS

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Suci dari hadas kecil & besar
  4. Suci daripada najis pada badan, pakaian & tempat
  5. Yakin masuk waktu
  6. Mengadap qiblat
  7. Menutup aurat
  8. Mengetahui akan fardhu & sunat
  9. Jangan iktikadkan salah satu daripada fardhunya itu sunat
  10. Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat
Orang yang tidak mendapat air untuk berwudhu dan tidak mendapat tanah untuk bertayamum, wajib melakukan soat tetapi wajib diulang semula. Boleh berpaling daripada qiblat pada solat, ketika sangat takut seperti di dalam peperangan dan solat sunat di dalam pelayaran yang harus ataupun kenderaan. Dan kalau solat di atas kapal pada solat fardhu, wajib mengadap qiblat tatkala takbirratul ihram, sekalipun kapal itu beralih kemudiannnya.

KEMBALI KE ATAS

RUKUN-RUKUN SOLAT
Semuanya perlu hadir untuk megesahkan solat. Selain daripada yang berikut, perbuatan yang lain adalah sunat. Rukun-rukun solat terbahagi 3 iaitu :-

1. Rukun Qalbi - pekerjaan hati
Berniat
Tertib

2. Rukun Qauli - pekerjaan lidah
Takbirratul ihram
Membaca Al-Fatihah
Membaca tahiyat akhir
Membaca selawat dalam tahiyat akhir
Salam

3. Rukun Fi'eli - pekerjaan anggota
Berdiri betul bagi yang berkuasa
Rukuk
Iktidal
Sujud
Duduk antara dua sujud
Duduk tahiyat akhir

Ditambah 4 rukun tuma'ninah ketika rukuk, iktidal, sujud & duduk antara dua sujud. Tuma'ninah adalah apabila seseorang itu berhenti seketika di antara dua rukun. Tujuan tuma'ninah ini adalah supaya solat itu tertib.

KEMBALI KE ATAS

SUNAT AB'AD
Sunat ab'ad adalah sunat yang dikuatkan (separuh wajib). Jika tertinggal wajib sujud sahwi.
  1. Membaca tahiyat awal
  2. Duduk tahiyat awal
  3. Selawat atas Nabi dalam tahiyat awal
  4. Membaca doa qunut
  5. Berdiri qunut
  6. Selawat atas Nabi dalam qunut
  7. Selawat atas keluarga Nabi dalam qunut
  8. Selawat atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir

KEMBALI KE ATAS

SUNAT HAI'AT
Sunat hai'at adalah sunat yang jika tertinggal, tidak diwajibkan berbuat apa-apa.
  1. Membaca lafaz niat
  2. Mengangkat kedua tangan ketika takbirratul ihram
  3. Membaca doa iftitah
  4. Membaca ta'auwwuz
  5. Membaca amin
  6. Membaca surah
  7. Membaca tasbih dalam rukuk
  8. Membaca pujian kepada Allah (samiallahu liman hamidah hingga akhir dalam iktidal)
  9. Membaca tasbih dalam sujud
  10. Membaca doa (rabbirgfirli hingga akhir dalam duduk antara 2 sujud)
  11. Memberi salam yang kedua
  12. Membaca selawat atas Nabi Ibrahim dalam tahiyat akhir
  13. Menoleh ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam
  14. Berninat keluar dari solat
  15. Membaca takbir istiqalat ketika hendak rukuk, sujud & bangun dari sujud serta bangun dari tahiyat awal
  16. Duduk iftirash pada sekelian duduk, kecuali tahiyat akhir yang tidak ada sujud sahwi, maka sunat duduk tawarruk

KEMBALI KE ATAS

PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DALAM SOLAT
Sunat diam sebentar dalam sola t pada 6 tempat:
  1. Antara takbirratul ihram & doa iftitah
  2. Antara doa iftitah & ta'awwuz
  3. Antara ta'auwwuz & bismillah
  4. Antara walladhalin & amin semasa membaca Al-Fatihah
  5. Antara amin & surah
  6. Antara surah & rukuk
Sunat angkat tangan dalam solat pada 4 tempat:
  1. Ketika takbirratul ihram
  2. Ketika hendak rukuk
  3. Ketika iktidal
  4. Ketika bangun dari tahiyat awal
Juga disunatkan bagi solat fardhu, bang & qamat bagi lelaki dan qamat sahaja bagi perempuan.

KEMBALI KE ATAS

PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH DALAM SOLAT
  1. Berpaling ke kiri atau ke kanan
  2. Mendongak ke atas
  3. Berdiri sebelah kaki
  4. Berludah ke pihak hadapan atau kanan
  5. Berlebihan membongkok atau menundukkan kepala ketika rukuk
  6. Bercekak pinggang
  7. Menyinsing kain atau baju
  8. Solat ketika hadirnya makanan
  9. Solat ketika hendak qadak hajat
  10. Solat pada tempat yang diwahamkan terkena najis

KEMBALI KE ATAS

YANG MEMBATALKAN SOLAT
  1. Berkata-kata dengan sengaja jika sedikit sekalipun
  2. Kedatangan hadas besar atau kecil
  3. Kedatangan najis yang tiada dimaafkan pada pakaian badan atau tempat
  4. Terbuka aurat dengan sengaja. Jikalau terbuka kerana ditiup angin dan ditutup kembali dengan segera, tidak batal
  5. Membelakangkan qiblat atau berpaling dadanya daripada qiblat
  6. Makan atau minum walau sedikit sekalipun
  7. Ketawa yang mengeluarkan suara
  8. Murtad
  9. Bergerak 3 kali berturut-turut
  10. Berubah niat seperti niat berhenti dari solat
Solat seseorang itu akan batal jika dia berbuat bunyi. Boleh berdehem untuk menurunkan kahak (bukan makanan). Jika rasa terkeluarnya hadas kecil, jangan batalkan solat kerana itu adalah angkara syaitan untuk menimbulkan was-was dalam diri kita ketika solat. Kecuali jika ada bau, teruskan solat.

KEMBALI KE ATAS

WAKTU-WAKTU YANG HARAM SOLAT SUNAT YANG TIADA BERSEBAB
  1. Waktu naik matahari hingga kadar segalah atau tujuh hasta (agak-agak dalam 15 minit selepas syuruk)
  2. Waktu rembang hingga tergelincir matahari melainkan hari Juma'at
  3. Daripada solat subuh hingga naik matahari kadar segalah
  4. Daripada solat asar hingga jatuh matahari
  5. Waktu matahari kekuning-kuningan hingga jatuh matahari

KEMBALI KE ATAS