Sebelum mengerjakan solat, wajib bagi seseorang itu untuk mengambil wudhu ataupun air sembahyang.
Jika tidak dapat bekalan air, wajib mengerjakan tayamum. Tayamum akan diketengahkan
di halaman lain.
Cara-cara berwudhu
Bagaimana wudhu zahir dan batin itu?
Doa selepas berwudhu
Perkara-perkara yang membatalkan wudhu
Cara-cara berwudhu
Tiap-tiap langkah yang diambil semasa berwudhu ada doa yang disunatkan membacanya.
Cara-cara mengambil wudhu adalah seperti yang berikut:
Sebelum membuat sesuatu, disunatkan membaca
Bismillahirrahmanirrahim; yang bermaksud
Dengan nama Allah yang Pengasih Penyayang.
Langkah 1: Mencuci kedua belah tangan - Termasuk tengah-tengah jari jemari sehingga ke pergelangan tangan.
Tekan di sini untuk membaca doa tatkala membasuh tangan.
Langkah 2: Berkumur-kumur dan membersihkan hidung.
Tekan di sini untuk
membaca doa tatkala berkumur-kumur.
Tekan di sini untuk
membaca doa tatkala berbersihkan hidung.
Langkah 3: Membasuh muka - Dari atas dahi hingga ke anak telinga dan seterusnya ke dagu.
Anda boleh baca doa ini ataupun
doa ini.
Langkah 4: Membasuh kedua belah lengan, kanan dahulu - sehingga lepas siku.
Tekan di sini untuk
membaca doa tatkala membasuh tangan kanan hingga ke siku.
Tekan di sini untuk
membaca doa tatkala membasuh tangan kiri hingga ke siku.
Langkah 5: Menyapu sebahagian kepala.
Tekan di sini untuk
membaca doa tatkala menyapu sebahagian kepala.
Langkah 6: Membasuh kedua telinga, kanan dahulu - di luar dan di juga dalam.
Tekan di sini untuk
membaca doa tatkala mencuci telinga.
Langkah 7: Menyapu tengkuk
Langkah 8: Membasuh kedua belah kaki, kanan dahulu - Termasuk tengah-tengah jari jemari sehingga ke buku lali.
Tekan di sini untuk
membaca doa tatkala menbasuh kaki kanan.
Tekan di sini untuk
membaca doa tatkala menbasuh kaki kiri.
PERHATIAN:
Hukum langkah 1, 2, 6 & 7 are sunnat, yang lain adalah wajib.
Ia juga sunat jika tiap langkah dibuat 3 kali, tetapi adalah wajib dibuat sekali.
|
Bagaimana wudhu zahir dan batin itu?
Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Doa Selepas Berwudhu
Selepas mengambil wudhu, adalah sunat untuk membaca doa yang berikut.
Maksudnya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tidak ada menyekutui-Nya. Dan aku menyaksikan
bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang bertaubat,
dan jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang soleh. Maha suci Engkau ya Allah dengan sifat kepujian-Mu. Aku
menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan kami
Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Perkara-Perkara yang Membatalkan Wudhu
Wudhu akan batal dengan berlakunya perkara-perkara yang berikut ini:
- Buang air kecil/besar, buang angin atau keluar sesuatu zat dari salah satttu lubang kemaluan
- Tidur nyenyak sehingga tidak sedar apa-apa yang berlaku ke atas diri kita
- Hilang akal kerana mabuk, gila, pitam dan sebagainya
- Bersetubuh ataupun mengeluarkan mani
- Menyentuh, sengaja atau tidak sengaja, kemaluan atau dubur dengan telapak tangan sebelah dalam
- Menyentuh, sengaja atau tidak sengaja, sesiapa yang bukan muhrim
Ia tidak batal sekiranya tersentuh kulit dengan orang yang bukan muslim tetapi sama jantina kerana mereka tidak najis.
Akidah mereka saja yang dianggap salah. Yang berbeza hanyalah aurat dimana walaupun sama jantina kita
perlu memelihara aurat kita dari mereka.
|